Saturday, May 2, 2009

Dia, Cayam Saya.....

Berchatting dengan my very good scandalous friend, Fairuz aka Cayam. Dari perbualan di bawahlah tercetusnya entry ini.




Dia dilanda masalah. Aku sedih. Sedih tak dapat bantu dia. Sedih sebab dia jauh dari aku. Sedih sebab aku terlalu merindui dia.

Dia soulmate aku. Yes. Banyak rahsia aku dia tahu. Aku kongsi segala-galanya dengan dia. Aku senang dengan dia. Aku harap dia juga senang dengan aku.

Hubungan kami very controversial. Kami pernah tidur sekatil (nasib baik tiada yang jatuh katil), kami pernah berkongsi bantal, kami berkongsi dan melakukan segala-galanya bersama (yang halal). Hubungan kami seakan-akan disalahertikan. Salahkah aku dan dia berkawan rapat? Salahkah kami sentiasa bersama ke mana-mana? Salahkah? Pernah, perasaan aku terguris. Seseorang secara terang, mintak aku jauhkan diri dari Cayam. Bila aku tanya kenapa, dia tak pulak bagitau. Sedih. Terguris naluri kewanitaan aku. Menitis air mata aku. Aku assume dia tak suka tengok aku sentiasa bersama Cayam. Mesti dia ingat aku ni seorang yang tak pandai bawak diri. Asyik nak ikut orang je. Aku malu. Malu dengan Cayam. Aku tiba2 terasa macam aku ni sebenarnya dah mnyusahkan Cayam. Tuhan saja yang tau perasaan aku tika itu. Tapi Cayam mengerti, dia tidak peduli dengan ape orang cakap. And yet, that's what makes our relationship stronger. Thanks Cayam. *Say NO to Kontroversi!!*

Cayam, I really miss you. I do. Laling rindu nak sembang-sembang ngan Yam. Lepak dengan Yam sampai pagi dekat foyer. Cuci-cuci mata. Gossiping. Buat Kontroversi sakit hati. Jalan-jalan dekat K5 malam-malam. Dating berdua. Bercerita segala perasaan gundah. Berkongsi segala kegembiraan. Ya Allah Yamm..Ling rindu Yam sangat-sangat ni.

Kukatakan dengan indah
Dengan terbuka
Hatiku hampa
Sepertinya luka
Menghampirinya

Kau beri rasa
Yg berbeda
Mungkin kusalah
Mengartikannya
Yang kurasa cinta


Ingat lagu ni Yam? Kita selalu nyanyi sama-sama. Lagu kita kan? Tak tau nape lagu ni yang jadi pilihan hehe.. Ingat kita nyanyi dalam bas masa nak pegi Kampung Berangkok tu? Tah2 satu bas dengar Yam haha... Oh! Memories.... Kampung Berangkok? Uhu..Yam ada contact family Sabah? Ling dah lama tak contact. Aduh, derhakanya Laling. Berdosa sangat rasa huhu..

Yam, apa jua masalah yang Yam hadapi sekarang, pasti ada penyelesaian. Like I said, you just have to trust yourself. I know you can do it. Tiada yang mustahil dalam dunia ni Yam. Dengan izin Allah, apa yang Yam citakan pasti termakbul. Yang penting effort. You must have the effort. Yam jangan risau. Yam ada ramai kawan di belakang Yam. Mereka sedia membantu. I know. Be strong dear, don't easily given up trying.

Yam, thanks for always being a good friend to me. Ling sayang Yam. Seriously. Ling senang dengan Yam. You listen to me, you're always with me. Through thick and thin. Thank you very much dear. Yam dah banyak tolong Ling. I appreciated it the most. Laling minta ampun dan maaf di atas segala silap dan salah sepanjang 4 tahun lebih dah kita berkawan.

Thanks again for being a great friend and I'll try my best to be a great friend to you too.

Cayam, Laling miss you.........

10 comments:

  1. peh skandal die... nk gak tumpang sekatil he..23x

    besa la tue dalm hubungan yg rapat sure ada suara2 unggas yang mengharapkan sesuatu yg xbaik berlaku dalam perhubungan kamu..

    anyway trust her as long she have trust on u.. xde insan yg menyama ratakan layanannya kepada rakan rapat n musuhnya

    ReplyDelete
  2. ohoho..
    de skandal ea...
    =P
    xD geetu~...
    xD

    ReplyDelete
  3. bro~
    aha, xbleh2, runtuh katil tu nanti hehe..
    erm tula pasal, ada je org yg xsenang hati.bukannya kitorang wat benda x senonoh.tapi kitorang wat xtau jela..
    insyaallah bro, doakanla persahabatan kami kekal buat selama2nya...

    ReplyDelete
  4. eazy~
    yayy udah abis exm ye eheh~
    skandal baekkk punya nih hehehe

    ReplyDelete
  5. wow, sapa yg sesedap mulut suoh ko menjauhkan diri dr yamm tu?
    kejam sungguh..

    tak suke~

    ReplyDelete
  6. ko knal dia Chan~
    dak klj kita..laki..
    kunun2 alim huh..

    ReplyDelete
  7. xdenye runtuh katil tue.. bro naik slow2 he..23x ke korg yg over weight nie

    ReplyDelete
  8. laling...
    huwaaaaaaaaaa......
    teharu sungguh yam bc entry ni..
    sungguh2 terharu..
    ling..yam rindu ling..huhu..

    ling..thanx for always be there for me..u never failed to always be by my side..suka dan suka..tima kasih byk2 ling..

    yam pn nk mintak maaf kalo slalu je nyusahkan ling ngan masalah yam yg ntah hape2 tu..huhu..

    cayam sayang laling..selamanya..

    p/s : eh2..ape la yg kontroversi sdg bt skrg ni ye..hehe..

    ReplyDelete
  9. huuuu yammm...
    masyehhhh...
    sobsob,dah makin rndu pulak rasa..
    yam xpenah susahkan ling, yam xpenah buat silap ngan lim. u are perfect for me..

    laling sayang cayam...selamanya juga..

    p/s kontroversi tgh wat kontroversi lagi kot hehe..rindu plak nak menggatal depan dia haha

    ReplyDelete
  10. bro fs.
    kitorang underweightlaaaaa,
    kecik molek ni(kecik ker) hhehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...